Wednesday, October 31, 2007

Jalinan Jiwa (JANJI 07)

Sila Klik Gambar untuk imej yang lebih besar.

(Sebaik selesai ucapan perasmian, peserta semua bergambar beramai-ramai)

(Pemandangan di meja VIP, bersama 4 orang guru jemputan iaitu Ustaz Wan Syamsuri, Ust Nazaruddin, Ust Mansor, Ust Suhaimi...dan 2 mantan presiden, Ust Nasruddin Abdullah, Ust Fadhli Shaari dan presiden sekarang A.Ubaidillah Alias dan tuan majistret, Tengku Shahrizam)


(Peserta kelihatan menjamu selera...wajah Dato Zulhafiz sedang kontrol Macho)


(Sila klik untuk imej yang lebih jelas)


Assalamualaikum

Setelah beberapa hari Syawal berlalu, saya baru berkesempatan untuk membuat sedikit laporan berkaitan JANJI 07. Di sini saya sertakan dahulu beberapa gambar JANJI untuk tatapan kawan-kawan Alumni sekalian.

Kehadiran sekitar 70 orang sahaja. Biodata peserta yang hadir dapat diambil sepenuhnya. Insya allah album Janji akan diusahakan dalam masa terdekat dan dikirim kepada sesiapa yang berminat. Doakan usaha ini berhasil.
Wassalam.







Monday, October 8, 2007

Majlis Jalinan Jiwa 2007 (JANJI 07)

Pihak Alumni MTAQ akan menganjurkan Majlis Jalinan Jiwa (JANJI 07) pada 15hb Oktober 2007. Majlis ini adalah sebagai wasilah untuk mempertemukan kembali anak-anak lepasan MTAQ yang sudah bertebaran di serata ceruk Malaysia. Majlis tersebut adalah seperti berikut :

Hari : Isnin (15 Oktober 2007 bersamaan 3 syawal 1428) - Hari Raya ketiga.
Jam : 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Tempat : Hotel Sutera Inn, Kota Bharu (Bersebelahan Wisma Persekutuan)
Pakaian : Baju melayu sepasang @ pakaian hari raya.

Makanan : Roti Jala, Sate, Kek dan kueh mueh raya.

Tentatif :

9.00 - 9.30 : Kehadiran peserta dan pendaftaran.

9.30 pagi : Ucapan pengerusi majlis
- Ucapan presiden Alumni 2007
- Ucapan guru jemputan (1) Ustaz Wan Syamsuri
(2) Ustaz Suhaimi
(3) Ustaz Osman Lah
(4) Ustaz Nazaruddin
- Ucapan perasmian oleh Ustaz Mansor bin Hj Daud

11.30 pagi : Jamuan

12.30 tghr : Majlis bersurai.

Sekian.